Friday, May 3, 2019

Hati ini

Hati ni semacam tak reti membenci..
klau benci atau marah nanti pasti akan dihadirkan rasa kesian.. bersalah.. walaupun jelas2 kesalahan itu pada mereka.

Hati ni nak berdamai
Tapi adakah ego menguasai diri?
 Atau adakah kerana hati ni belum benar2 memaafkan?
Kerana kemaafan itu tidak dipohon dr mereka.
Tapi kata ilmuan, sedangkan Allah ampunkan hamba Nya yg berdosa, jadi siapa aku nk menghukum?

Hati ini rindu
Rindu dgn rasa bahagia dan gembira dlm bekerja
Rindu pada keluarga membuak2 disaat rasa keseorangan
Mak, ayah, ingin sekali dambakan kehadiranmu saat ini
Tapi aku perlu kuat.
Utk diriku dan keluargaku

ALLAHhu.. ku perlu yakinkan hati ini, inilah yg terbaik utk ku, baru lah secarit senyuman mampu menghiasi wajah ini

Friday, September 1, 2017

Fall in love?

Hi!

Alahai poyo je tajuk. Xde idea je sbnrnya. Haha

Selamat hari raya aidiladha korang!

Tapi saya tak raya, saya keja. Td jaga ED, tp mood sy alhamdulillah baik, cuma ada la sorng dua pesakit yg annoying. Biasalah tu kan hehe. Esok oncall lagi! Moga Allah permudahkan.

Sementara tgh teringat,
Sy ada idea sikit utk cerpen sy yg x berkesudahan tu.

Hint: nnt scene akan ambil kat luar negara! Yeay!
Apa kaitan hero n heroin, protagonis n antagonis cerita ni?
Poyo je kan.. xmenarik pun, saja syok sndiri haha

Sy tak zabarrr sgt nk tggu October. I think i will fall in love! Kahkahkah

So walaupun september ni anoyying, lets enjoy it n make it a blast beforr october come 😊

P.s tempek satubpic random. Kalau x puas ati nnt kt ketik lain. Sbb pic ni je yg jmpa.. sb pic ni mcm mood la ni. Sbb pic si october blum ada.. hihi

Ok, bye c you later!




Thursday, June 8, 2017

Graduation day- major throwback!


Saja je nk repost poc masa hari rad.. xmampu nk amik package yg college bagi utk graduation photo, so i decided to took photo from this malay photographer.. the so called "studio photo" still makes me smile 😉 Mak n ayah keep telling me.. walaupun diorng xpaham apa yg org bg ucapan bebel2 atas pentas tu, (esp mak sbb mak xbljar tnginpun, wlaupun mak sbnrnya plg pandai dlm adik beradik.. berkorban utk bg peluang adik2 dia belajar dlu, ayah pulak wpun xteror sgt tp still ok lg omputihnya hehe). Masa graduation day tu, mak n ayah cerita diorng terlentok sesama sndiri.. haha comel pulak bila bayangkan. Kesian pn ada .. ye la org lain kan org berada, kaya2, semua speaking pekat2.. 
lepas tu mak ayah cerita lagi, masa kami beratur  ramai2 utk masuk dewan, mereka cari aku n lambai2.. perasaannyaaaa.... banggaaaa sgt!! Terharu sgt!! Lepas tu meleleh lagi air mata esp masa aku naik pentas. Mak n ayah berbisik sesama mereka, kalau arwah atok/ opah/ tok/ tokwan dpt tengok, mesti terharu, ada jugak keturunan mereka ni kerja doktot.. 😉😌

Maka nikmat tuhan yg manakah kau dustakan??

Jadilah kuat ye naimah! Kau boleh!! Amin insyaAllah,,, 







Saturday, June 3, 2017

Tsk

tsk tsk
Rindu lah nk balik puasa dgn family.
Bosan sahur sorng buka sorang

Keje balik keja itu je rutin
Cuti basuh baju sidai mop rumah kmas rumah etc2

Mak oh mak
Bila nk dtg lagi
Cuti susah dpt almaklum lah junior lagi
Sekian

Selamat berpuasa semua! 😄

P.s pic dgn mak tersayang. Zaman masa still seorang HO cabuk -post call face hahaha


Wednesday, July 13, 2016

Terlampau random

Lama jugak eh aku tak menulis dlm blog ni. Yg kelakarnya aku xigt pasal apa aku post pasal post sebelum ni yg tajuk  'someone like you'. Lol! Nk kata google tp ayat tunggang langgang ja.

Sebenarnya byk la nk cerita. Xtau nk cerita mana satu dlu. Tp since aku x sihat tahap gaban (last mcm ni masa aku kat melaka sebelum kne allergic attack of the antibiotic) aku malas la nk crita byk.
Ikutkan aku ni dlm hati tgh agak sedih sbb tgh lalui byk sgt ujian yg Allah bagi n duga keluarga aku, thap kesihatan ayah, kos operation, etc.

Ish apa aku nk ckp sbnarnya ni? Hm xpe la doakan je la eh semua jd baik insyaAllah..! #collectingpositivevibes #bepositive ☺️

Friday, June 17, 2016

Someone like you

Never that I am in a relationship
But it does not mean my heart never beats crazily for someone.
Yes, someone like you
Even if i tried,
By far it never beats the same way like it did
In fact, it still is,
But it was too late to realise
Is there somebody,somewhere,
Someone like you?

I doubted it.
Because you are who you are
There is no one like you
There is no other,
There is only you

Wednesday, May 25, 2016

cacamerba untold undecided #9

ps akan disusun semula setelah flow cerita lebih elok

-———
Aku bercadang mahu membawa diri ke Bandung. Dengan Arfa (keturunan kelantan siam). kata Arfa sepupunya mahu ikut sama. Last minit plan.

"boleh ye Azri mahu ikut sama? pleaseee kesian dia dah siap pasport and beli tiket"

"siapa suruh dia beli siap2 and prepare semua before confirm dgn kita?" bebalku

"ala xpe.. dia tu photographer gila. untung2 dia boleh ambilkan gambar percutian kt cantik2. Ikutkan hati aku tak mahu ada lelaki ikut. tapi memandangkan Arfa sungguh sungguh merayu bagi pihak sepupunya itu ake benar kan saja dengan berat hati.

"oit dah sampai! mengelamun jauh betul kau ni" tegur arfa. Dari dalan kereta aku nampak seorang lelaki dengan shirts merah terang. di bahunya tergalas sedia beg camera.

"Nan mai khoi?"
lama ke tunggu? siam

"Mai lok sat diau"
xlama skejap je

"pai ,pai! lambai Arfa sambil membuka pintu kereta.


sempatkah?

Sebenarnya panjang jugak nk bercerita. Tp malas pula nk taip panjang2. Cuma nk highlight sikit apa yg jadi tempoh hari.

Minggu lepas dlm 21-23hb di rumah mak ayah sibuk pengendalikan kenduri adik bradik susuanku yg aku  panggil kembarku. Macam2 juga benda jadi, tak sempat nk diceritakan semua. Cuma ada satu perasaan yg masih bergayut di hati ni, teringat2 sampai sekarang.

Semasa menepung  tawar, aku selaku pengapit tak bertauliah rasanya lebih nervous. Semasa mak dan ayah naik ke pelamin, ayu (kembar ku) sudah tak tentu arah. Mata dah nmpk berair. aku turut menahan sendu. Ayu salam mak dan ayah, aku tgk mak peluk sambil mengucap tahniah n nasihat serba sedikit dengan suara yg garau. Mata mak turut berair. Ayah pula berlainan dengan sikapnya yg suka berseloroh, cuma diam membisu. Aku tahu ayah juga tahan air mata jantannya.

Usai selesai majlis esok pagi aku perlu pulang semula ke kedah. Aku salam mak dan peluk mak seperti biasa tapi kali ini  mak peluk aku dengan sgt erat. Eratnya lain mcm. Aku tak tahu lah knp senang tersentuh hati ni, tapi aku cover xnk nagis. Aku berseloroh dgn mak, "wangikan imah?" Lol.

Mcm mana agaknya kalau majlis aku nnt... Sempatkah utk mereka merasa bermenantukan suamiku..? 

Monday, March 21, 2016

Untold undecided #8

****
“Oit, Mira! Best tak naik basikal keliling kampung td?” aku tak dengar. Aku masih teringat-ingat peristiwa petang tadi.
Papp! Intan menampar kasar bahu aku. Hish nak kena Intan ni. Sudahlah tadi badan sakit ditimpa basikal sekali dengan muatan berat si Syam tu, kena pulak penampar padu dari Intan. Nampak je kurus Intan ni tapi tulang belulang keras macam besi.
“Sakit lah…” berkerut muka aku tahan sakit.
“kau berangan apa sampai aku Tanya kau tak dengar? Ada apa-apa jadi ke tadi?” aku membisu. Teringat balik pada Syam. Geram!
“ada benda tak best jadi tadi. Tapi nantilah aku cerita. Tengah tak ada mood lagipun dah lambat ni program nk start dah” aku cepat-cepat menyarung kasut setelah selesai pakai shawl.
“kejap! Kejap! Tunggu aku nk pasang pin ni!” bebelan Intan berpanjangan sambil bersiap.
“Okey, jom!” akhirnya intan menapak keluar setelah 10minit aku menunggu. Bau perfume Intan menyengat hidung. Intan ni, kalau pakai perfume macam tuang satu botol tu baru dia puas hati. Sakit hidung aku dibuatnya.
“kuatnya bau perfume!”
“hehe macamlah kau tak kenal aku macam mana, sorry la eh” Intan tersenyum puas hati. Kami berlari-lari anak ke dewan sebab sudah terlambat.  Sakit pula kaki aku macam terseliuh. Nasib baik facilitator program masih belum sampai. Sebaik-baik kami melabuhkan punggung mereka pun sampai dan program terus bermula. Semasa bacaan doa perhatikan lagi tapak tangan aku yg terluka-luka kecil. Aku dah rasa pedih semasa mandi tapi lepas solat maghrib tadi masa nak berdoa baru aku perasan tapak tangan aku luka-luka.
Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Entah apa nasib badan dapat satu kumpulan dengan Syam ni. Aku tak pandang muka Syam. Aku perasan juga dia macam mengelak tak nak pandang aku.
“Mira, Syam! Korang present nanti benda ni ok? Jadi wakil group. Korang kan terer bab bercakap and explain2 ni..nanti..”
“tak nak!” serentak aku dan syam bersuara. Semua mata terarah kepada kami. Mereka ketawa besar.
“Ok kita vote..” tak guna punya member! Lepas vote pun akhirnya memang aku dan Syam jugak yg kena bentang. Dah pakat2 depa ni.  Takpa.. kita buat secara professional.. aku pujuk diri. Program malam tu berakhir dengan aman. Aman pada luaran, ribut dalam hati aku Allah je tahu!

“hi, Mira! Seronok ronda basikal petang tadi?” gulp! Hamzah kawan baik si Syam tu menegur aku sambil melirik kepada Syam disebelahnya.  Omg! Dia tahu ke apa jadi? Malu gila! 

Untold, undecided #7

Aku berjalan ke kiri, dia bergerak ke kiri
Aku berjalan ke kanan, dia bergerak ke kanan
Terbantut perjalanan aku ke dapur tok ketua kampung tu. Hati aku gusar ada mata yg nampak. Orang tua jangan main-main, byk sudah makan garam

*Aduhai syam, kau ni dah  kenapa?* aku bebel dalam hati

Bila aku jeling cepat2 dia menyorok belakang langsir macam la aku tak nampak. Haha *opss aku tergelak sendiri tanpa sedar*

Syam menjengukkan kepala, tersenyum. Automatik senyuman aku mati. Lebih kerana malu sebenarnya..kantoi kau mira! Haha

*******

Perangai syam ni tak boleh aku faham. Nak kata dia suka aku perasan la pula, kan? Lagipun mustahillah sbb dia tu kac.. Ok stop3!

Rupa rupanya dalam waktu aku befikir panjang tu tanpa sedar jari aku mengetuk2 meja memainkan nada yg tidak menentu. Tanpa aku sedar setiap ketukan jariku ada balasan berirama sama dari selang satu meja dari aku. Sama. Syam sekarang umpama gema ketukan mainan jariku. Umpama bayang3 aku. Aku bingkas bangun, capai buku dan berlalu pergi. Anehnya aku rasa gerak langkahku disoroti satu pandangan mata yg hampa..

Friday, January 29, 2016

random

"Abang aku pergi Korea"
"Oh ye ke.. backpackers?" tanyaku sambil mata melilau mencari kedai makan yg berkenan di hati
"Yup. 2 orang je pergi.. dia dengan kawan dia, alah kau ada jumpa kawan dia yg naik kereta sekali hari tu" Iffah menyiku aku

"Ohh.. ha, ingat2.."
"Jeles..tengok ni, Mira!" Iffah menala screen iphone6 plus dia depan mata aku.

aku pandang sesaat. dua saat.. ish nampak handsome pulak Abang Iffah ni dalam gambar tu. pakai jacket north face hitam, ski cap sedondon nmpk padan sangat dengam mamat tu. satu gambar selfie, tersenyum lebar nmpk barisan giginya yg cantik . hidungnya kemerahan mungkin sudah selsema kerana sejuk winter di sana. Satu lg gambar dia berdiri tegak di laluan yg sibuk. Artistic sangat. handsome. haha aku ketawa dalam diri. Dah kenapa la kau ni Mira!

Aku toleh ke arah lain. Tangan kiri Iffah aku tarik dan peluk tgnnya sambil berjalan."Jeleslah org laki ni.. amik gambar berdiri mcm tiang gol tp still nmpk stylo"

"Kau merepek apa.muka  kau fotogenik sgt kau tau tak? Aku ni gambar aku dengan abg dlm pic wasap aku tu org ingat dia adik aku kakak"

"Ala muka fotogenic dlm gamba je buat apa.. nnt bila org jmpa aku tgk2 lain dgn jerawat batu semua lari terus" hahaha aku dan Iffah ketawa besar. 

Friday, September 25, 2015

raya

at this moment. This oddly time. missing my family miserably. coz here... sincerity lost its touch. everything felt so fake. 

slamat hari raya qurban. Qurban demi negara.

Saturday, September 5, 2015

#diaryofHOLife

one fine day someone told me that one mo from my previous posting puji me. That satement alone buat aku xpercaya. dalam hati fikir mesti dia saja nk kenakan aku. tp budak tu ckp serious dia xtipu; katanya dia pun sureprised that the mo puji me said I improved a lot.

true or not, aku senyum dalam hati. kalau true alhamdulillah. alangkah bagus kalau aku tahu mende ni masa aku masih dlm surgical posting.. indeed a booster to work better.

dan satu hari aku sembang pula dgn sorang geng surgical. bila dia dpt tahu ada mo puji aku yg x seberapa hebat mcm dia, dia bg aku jelingan yg aku classify as "pdng rendah" n smirk pula.. ; an unbelievable look.. sambil tny aku, "siapa?"

"adalah" jawabku.

pesan ayah.. "ini semua dunia.. sementara ja. yg baik, buruk semua dari Allah, Allah tahu apa yg terbaik utk kt"

terima kasih ayah. syg ayah. ♥♡♥♡
                             

Wednesday, August 12, 2015

#diaryOfHOLife

"tapi imah xsampai hati.. bila fikir mcm mana kalau imah kat tempat dia"  kataku

ayah terus memotong kataku dgn tegas " jangan nk kesian2 sangat dengan org. Orng xkesian pun dgn kt"

"hmm" balas aku separuh mengiakan kata ayah

Aku ni da sifat semula jadi xboleh tgk org ssh. nak tolong. tapi sifat aku ni menyusahkan dirI aku sndiri. ye. aku tau. tp hati aku tak aman kalau aku xbantu. sebab aku selalu fikir mcm mana pula kalau aku alami kesusahan mcm tu, siapa akn bantu aku?

"Allah ada. igt tu selalu. apa2 pun.. mohon bantuan Allah.." kata ayah mcm dpt membaca apa yg terbuku di hati.

"thummasabilyalassaraa" sahut suara mak dari jauh. mesti mak tahu aku tengah gundah.

Allah beri aku kekuatan.. ampuni hambamu yg byk berdosa ini.... :'(

Tuesday, August 11, 2015

random #diaryofHOlife

so we had another date for dinner for the.. 5th time?I guess. she was one of those who once bullied me / kutuk me during my 1st posting.. who knows we will be sitting for dinner together. every date we had, we hd a sincere conversation, revealing bit by bit about ourself.. *thats what I thought*

I learnt to know her better. I can feel her sincerity also. I hope what Im feeling is right. I am alwqys want to thnk positive of a person, praying to Allah for that I wont be betrayed or make fun by other ppl by doing so.. some time I feel pity to her on how ppl talkng behind her back. but I realised that she is taugh. she knew herself better thn anyone else.

tonight she said to me..
"naimah, kau jgn la innocent sgt, nnt kau kne buli.. aku kesian dgn kau" towrd the end suara dia perlahan je. I just smiled. that is just me.. im trying to be that way too but its hard. im still trying anyway..

moga Allah beri kam kekuatan

Friday, July 31, 2015

gossip (-_-)

p.s sebenarnya nk start satu post #diarikuHOlife .. nnt kalau ada masa akn tambah hashtag tu.

btw, this is how it goes..

aku keluar dinner dgn kawan. terserempak pulak dgn sorng kawan cina, jadi kami keluar bertiga.

punya syok makan sambil sembang.

ting. ting. msg wassap bising dari phone aku dan sofia. kami sama posting.

"hahaha" sofia gelak bc msg
"ngengggg" balas aku
kesian chong, terpinga2 tak paham.

"knp diorng ni.. tiba2 dok gossip me n that guy?" kata aku, annoyed.

"pernah jadi apa2 ke before ni?" tny sofia
"tulah yg pelik. xde pun. budak2 gurls lain pun tny. hampeh tul la dak laki ni"
"depa saja nk gossipkan hg dgn dia la tu"

"you suka A ka?" tny chong
"a ah" jawab aku yg telinga kuali ni. Aku dgr dia tny mcm ni 'u maksudkan A ka?
chong tny lagi, "you suka A ka??"

"eh tak de la" hahahaha abes semua gelak.
"kau ptt rakam la chong dia jawab a ah td"
"aiyaa tu laa terlepas pulak hahaha"

Saturday, July 11, 2015

so here it goes..

aku tgh packing semua barang aku cepat2. makcik dan pakcik aku tgh tggu di ruang tamu rumah kawan yg aku sewa bilik tu.. rupa rupanya bukam kami saja jadi tetamu hari tu, seorang dokter yg dikenali ramai di sini juga turut berada di situ.
Aku dgn rasa humble n seronok jmpa "senior" dlm bidang ni pun melemparkan senyuman plg manis aku pada dokter tu. so this is more or less how the conversation goes;

"kak.. ni kawan xxx, mai amik barang "
she responded; "eh, buat apa kat sini?" with a quite "shocked" expression. aku tak tahu nk rasa apa dengan respon tu.
"dia tumpang sini aritu, masa tak dapat kuaters lagi"
dlm hati aku mcm jerit kecil.. hmm, i was actually paying for this, not simply tumpang.... but well, I do admit they helped a lot, so im thnkful n kept quiet, still smiling brightly. peluh da mula merenik kat dahi sebab penat mengemas express n angkut brg sorang2.

"houseman jugak ni sama mcm xxx" kata kakak kawan aku tu pula. aku? senyum. haha

"ohh houseman jugak ke.." pandang aku atas bawah. lepas tu pndng sebelah mata. literally. I wont forget that look she gave me.

feeling more awkward, to break the awkwardness aku pun politely ask her..
"dokter, ada ke tips boleh kongsi2?"
"sho looked at me with a... hmm.. well 1 thing for sure I dnt like the look she gave me, then replied

"ahh xde tips apa pun,tp kalau nk sgt, ha eloklah awak kuruskan badan tu sbb besar sgt. buat malu je nnt dekat patient"

OH-EM-GEE!!! cn u believed thatttt??! how rude of her.. cnt she find some more decent way to said those things? the fact im loosing 9kgs at that time within 2months, witnessed by others of course doesnt meant anythng. I gave the most sincere laugh I cud give at tht time. I was burning inside.

funny. rasa mcm teraniaya ja. haha
well dr, one day u might hv a problem with weight loss, be it urself or someone u cared about, ppl might do the same to u,and when they did, im sure u will remember this "fondly" and reflects. 

love, 
the fat houseman.


Wednesday, April 1, 2015

rindu

assalamualaikum.....

syahdu sgt hati ni harini. saat ni..

pernah x rasa rindu sgt pada family tp tak terucap?

boleh ja nk call n bertanya khabar tp sebab tau air mata nanti akan turun macam empangan pecah akhirnya tak jadi call. tak mahu depa risau. mahu appear strong.

sedangkan.. Allah sajalah yg tahu apa yg aku dah lalui.............

saat ni rasa nak sgt bahu seorng yg halal disisi utk diri menagis n lepaskan semua.. dan dipujuk dan diberi kata semangat..

mujur Allah sentiasa ada... ingat ya Naimah, Allah tu ada dimana2.. :)

Tuesday, March 3, 2015

change

after few weeks I guess, I go through my ig n..

tiba2 aku masih ternampak sekeping dua gambar mereka

I found myself smiling. happy for them. 

Thursday, February 12, 2015

the untold, untitled and undecided #6

  *     *     *     *     *     *
“Oit, Mira! Best tak naik basikal keliling kampung td?” aku tak dengar. Aku masih teringat-ingat peristiwa petang tadi.
Papp! Intan menampar kasar bahu aku. Hish nak kena Intan ni. Sudahlah tadi badan sakit ditimpa basikal sekali dengan muatan berat si Syam tu, kena pulak penampar padu dari Intan. Nampak je kurus Intan ni tapi tulang belulang keras macam besi.

“Sakit lah…” berkerut muka aku tahan sakit. 
“kau berangan apa sampai aku Tanya kau tak dengar? Ada apa-apa jadi ke tadi?” aku membisu. Teringat balik pada Syam. Geram!
“ada benda tak best jadi tadi. Tapi nantilah aku cerita. Tengah tak ada mood lagipun dah lambat ni program nk start dah” aku cepat-cepat menyarung kasut setelah selesai pakai shawl.
“kejap! Kejap! Tunggu aku nk pasang pin ni!” bebelan Intan berpanjangan sambil bersiap.
“Okey, jom!” akhirnya intan menapak keluar setelah 10minit aku menunggu. Bau perfume Intan menyengat hidung. Intan ni, kalau pakai perfume macam tuang satu botol tu baru dia puas hati. Sakit hidung aku dibuatnya.
“kuatnya bau perfume!”
“hehe macamlah kau tak kenal aku macam mana, sorry la eh” Intan tersenyum puas hati.
Kami berlari-lari anak ke dewan sebab sudah terlambat.  Sakit pula kaki aku macam terseliuh. Nasib baik facilitator program masih belum sampai. Sebaik-baik kami melabuhkan punggung mereka pun sampai dan program terus bermula. Semasa bacaan doa aku perhatikan lagi tapak tangan aku yg terluka-luka kecil. Aku dah rasa pedih semasa mandi tapi lepas solat maghrib tadi masa nak berdoa baru aku perasan tapak tangan aku luka-luka. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Entah apa nasib badan dapat satu kumpulan dengan Syam ni. Aku tak pandang muka Syam. Aku perasan juga dia macam mengelak tak nak pandang aku.
“Mira, Syam! Korang present nanti benda ni ok? Jadi wakil group. Korang kan terer bab bercakap and explain2 ni..nanti..” 
“tak nak!” serentak aku dan syam bersuara. Semua mata terarah kepada kami. Mereka ketawa besar. 
“Ok kita vote..”

 Tak guna punya member! Lepas vote pun akhirnya memang aku dan Syam juga yg kena bentang. Dah pakat2 depa ni.  Takpa.. kita buat secara professional.. aku pujuk diri. Program malam tu berakhir dengan aman. Aman pada luaran, ribut dalam hati aku Allah je tahu!


“hi, Mira! Seronok ronda basikal petang tadi?” gulp! Hamzah kawan baik si Syam tu menegur aku sambil melirik kepada Syam disebelahnya.  Omg! Dia tahu ke apa jadi? Malu gila!