(p/s. maaf tajuk xde lg, plot pun x terfikir lg. Saya buat cerpen ni semasa cuti semester dulu, bila saya habiskan cuti saya di Kedah)
Dari anjung kekisi aku merenung ke padang bola bertentangan
dengan hostel. Pandanganku yang mulanya kosong dan tidak berarah tiba-tiba
tertumpu pada susuk tubuh yg amat kukenal. Satu tarikan nafas yang panjang,
perlahan aku lepaskan. Lincah dia meligat dan menyepak bola.
|
pic ihsan google |
“gol!!!” tiba-tiba mereka yg berada di padang bersorak
apabila bola yg disepaknya mengenai sasaran. Walaupun jauh, jelas kelihatan
mukanya yang puas dan tersenyum gembira sambil mempamerkan sebaris giginya yg
putih dan cantik tersusun. Dia berlari keliling padang. Pasti pertarungan itu
begitu sengit hingga membuatnya gembira sedemikian rupa.
Aku terus merenungnya hingga tiba-tiba pandangannya berlaga
dengan mataku. Kelam-kabut aku menyorok kerana tidak bertudung. Kemudian baru
aku teringat cermin bilikku itu gelap, jadi orang di luar tidak boleh Nampak
aku. Perlahan-lahan aku bangun dan merenung ke luar tingkap semula. Dia
memandang handsetnya dan kemudian memandang kearah bilikku lagi. Keningnya
bertaut rapat. Kecewa. Tidak lama selepas
itu aku handsetku berbunyi. Sudah dapat aku agak dari siapa.
kenapa tak datang tadi?
Lama kutenung hensetku, lalu kuletak ke atas meja tanpa
berbalas. “sori Syam..” bisikku perlahan dan langsir kuturunkan kerana di luar
hari semakin gelap, maghrib sudah hampir tiba.
“Mira, senyum sikit! Takut aku tengok muka kau” seloroh Intan. Aku buat-buat senyum.
“Kau ni dah kenapa, macam telur tembelang je..?”
“Tak ada apa, aku Cuma rasa tak sedap badan” jawab ku endah
tak endah.
“Tulah kau, tengok lagi movie sampai larut malam depan
laptop kau tu. Lepas tu tak cukup tidur, memanglah badan tak sihat!” aku biar
Intan membebel di sebelahku. Suaranya ditahan-tahan kerana kami berada di dalam
library. Nota di tangannku kuselak-selak tanpa membaca.
“Intan, aku balik dulu ya. Aku rasa aku perlu rehat” tanpa
menunggu Intan menjawab aku mengemas barang dan beredar dari library. Intan
hanya memandangku tajam.
Mira, marah lagi ke pada saya?
Aku berasa sangat marah dan kecewa dengan soalan yg aku
kelaskan sebagai soalan “kurang bijak” tu. Marah kerana diriku gagal membenci
Syam. Marah kerana terlalu senang percaya kepada orang-orang disekelilingku.
Dan lebih mengecewakan, marah kerana aku biarkan diriku diperbodoh Syam untuk
bersama dengan Wawa.
Aku pada awalnya memang tidak berkawan dengan lelaki. Tapi
Syam adalah lelaki pertama yg berani menegurku dan menjalinkan persahabatan,
dan aku menerima persahabatan itu dengan hati yg terbuka dan gembira.
Siapa sangka Syam sebenarnya Cuma ingin mempergunakan diriku
untuk rapat dengan Wawa, roomateku.
* * * * *
“tak wish saya pun” kataku pura-pura marah tetapi muka
berlagak selamba.
“ohh.. sori2, lupa..” balasnya dengan muka tidak bersalah.
“nanti saya belanja ye, dinner?”
“tak apa, saya saja je cakap. Bukan nak apa-apa pun”
“please..? lagipun saya ada hal sikit nak Tanya awak’
“hmm ok. Tapi tak payah nak grand2 sangat. Kedai mamak pun
ok” kataku sambil berlalu pergi
* * * * *
“kenapa bawak ke sini?”
“tanda minta maaf” blasnya ringkas
Aku merenung ke pintu lobi hotel seri putra Kuala lumpur itu.
Aku menoleh pula pada Wawa disebelahku. Wawa tersenyum kelat. Patutlah beriya-iya benar dia pakai
cantik-cantik bisik hatiku sambil
melihat baju yg aku pakai. Cuma baju kurung polos warna krim berbunga pink
kecil. Aku menarik nafas panjang.. tak
apalah, yg penting aurat terjaga pujukku lantas melangkah masuk ke lobi
hotel. Wawa terkedek-kedek mengejarku dalam baju blouse yg baru dibelinya siang
tadi. Langkahnya kecik-kecik. Wawa banyak berdiam diri. Aku pun malas nak cakap banyak.
“Nak makan apa mira?” aku membatu bila Syam bertanya. Mataku
masih membelek-belek menu di tangan.
“order jelah apa-apa.. asalkan sedap” balas ku tersenyum
nipis.
* * * * *
“Mira…” nada suara Syam berubah. Tiba-tiba dadaku berdebar
–debar. Kenapa pula ni….
Syam sekejap-sekejap mengetuk jari di meja, kejap-kejap memandang kearah wawa. Wawa takut-takut
membalas pandangannya.
“mira.. saya ada benda nak bagitahu awak”
“bulan depan saya dan wawa nak bertunang”