Walaupun saya
sepatutnya mengulangkaji untuk exam pada hari khamis minggu ni, tiba-tiba
tangan saya ni gatal nak menaip.
Apa isu yg
saya “hot” kan di sini?
Study group.
ok sorry. tak hot sangat kot. hehe
Saya sebenarnya,
suka sangat study group, sebab saya banyak cakap. Saya perlu mengeluarkan ilmu
saya dengan bercakap. Lagi banyak saya explain
pada orang, lagi saya faham. Kadang2 yang tak faham pada awalnya pun saya jadi
faham. Tambah pula senang ingat.
Apa lagi?
Saya tak
rasa stress dengan study group most of the time instead of belajar sendiri. Kenapa? Sebab saya
banyak ketawa. Dalam bilik kalau belajar seorang diri macam mana nak ketawa? Unless kalau saya berangan pelik2. Haha
Saya tak
buang masa dengan study group,
selalunya. Amazingly, saya jadi
seorang yg sangat berdisiplin kalau dalam study
group. Off internet semasa discussion,
melainkan ada info yg perlu penerangan jelas dari en. Google. Sebenarnya saya tak kisah sangat, tapi kawan2 selalu
main hp teruk sangat sampai ternganggu study
progress. Paling tidak, saya harap hp itu di-silentkan J
Lagi? Lagi?
Dulu semasa
di India saya siap ada makan2 lagi. Hahaha- ini perkara sampingan yang best. *senyum*
Disebabkan hobi
saya iaitu menonton movies and series
semakin bahaya, saya perlu satu channel untuk
larikan diri saya dari semua ini. Susah betul saya nk disiplin diri dengan movies ni kalau berada berdekatan dengan
laptop. Selalu juga akhir2 ini pergi ke library
atas niat nak lari daripada laptop saya.
Seronok, tapi..? selalunya saya akan rasa penat selepas posting seharian, tak
dapat selalu ke sana *mengeluh*
Tapiiiii…?
Di Melaka ni,
dan lebih tepat; di MMMC tempat saya belajar ni, kebanyakan dari pelajar di
sini lebih suka belajar sendiri. Kalau ada pun yg suka belajar dalam kumpulan,
pasti kami berlainan group. Jadi jadual belajar dah jadi haphazard kalau nak belajar bersama. *sedih*
Sebab itulah
saya terpinga-pinga sekarang. Ya Allah.. sungguh saya rasakan saya amat
memerlukan study partner. Just dengan existence of my study partner, saya
akan rasa bersemangat sangat nak belajar, insyaAllah. Orang mungkin salah faham
konsep study group ni, kan? Study
group tak semestinya setiap dan sekecil2 topik kita berbincang bersama. Sebenarnya,
study group dalam konsep saya ialah duduk bersama di satu meja, buka buku dan
belajar. Ada perkara yg perlukan penjelasan- bincanglah. Penat? Rehatlah. Senyum2
dan melawak dengan ahli kumpulan supaya otot muka tu longgar sikit, xde lah
muka ketat jeee dan kurang stress.
Manalah agaknya
saya boleh dapatkan study partner…. (=_=)’
No comments:
Post a Comment