Kes1
:
Seperti
yg saya maklumkan sebelum ni, Baru2 ni saya dan kawan sejurusan saya berada
dalam posting ward psychiatry atau kata melayunya wad sakit jiwa. Dalam satu
kes yg kami dapat adalah seorang wanita melayu beragama Islam, berumur 50thn
dimasukkan ke hospital kerana meracau2 hingga perlu diikat
semasa dirumahnya. Pesakit ini dibawa kehospital oleh suami dan anak
perempuannya.
Semasa
ditemuramah makcik A mengatakan sejak 2minggu lepas dia mendengar suara yang
tidak dikenali semasa dia berseorangan . terdapat 2 suara lelaki, dari sebelah
terlinga kiri suara itu berbisik mengatakan dia akan mati, menghalangnya
daripada melaksanakan solat dan membuatnya benci kepada orang sekelililng
terutamanya suami. Manakala di sebelah kanan suara itu berbisik supaya dia melawan
suara jahat itu dengan berzikir dan berdoa sentiasa.
Menurutnya,
adik iparnya semasa di rumah telah cuba memanggil ustaz dan cuba diberinya air
yassin tetapi ditolak keras olehnya (dihalang oleh suara sebelah kiri). Dia
mendakwa air yassin itu sebenarnya adalah racun yg digunakan dengan tujuan
untuk membunuhnya. Walaubagaimanapun, masalah beransur baik setelah dia minum
air yasin yg diberikan oleh ustaz yg dijemput oleh pihak hospital. Tidurnya
semakin teratur dan tiada lagi suara-suara mengganggunya.
Makcik
A juga memberitahu bahawa sejak 2 minggu lepas, dia sering rasa
mengantuk apabila azan asar berkumandang dan akan tertidur sehingga pukul
5.30pm.
Sudut
pandangan Islam
Alam
ghaib ini memang wujud. Makhlus halus; syaitan, jin, etc memang ada dan
terbukti jelas dalam kalam Allah. Dari kes ini saya nak ketengahkan isu tidur
lepas asar
Hukum Tidur Selepas Waktu Asar :
Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan[1]:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.
Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan[1]:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.
Ibn Qaiyim menambah:
"Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."
Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid mengatakan bahawa beliau tidak pernah
lagi jumpa mengenai larangan perihal perkara ini. Oleh kerana tidak ada dalil
yang sahih, maka hukumnya harus. Walaupun begitu, amalan Rasulullah saw serta
sahabat2nya, selepas solat subuh, mereka tidak tidur. Mereka berjaga sehingga
matahari naik. Ini terdapat dalam hadis sahih riwayat Imam Muslim.
Adapun mengenai tidur selepas asar, mmg terdapat dalil mengenainya. kata ini berdasarkan hadis berikut:“Whoever sleeps after ‘Asr and loses his mind, let him blame no one but himself.”
Adapun mengenai tidur selepas asar, mmg terdapat dalil mengenainya. kata ini berdasarkan hadis berikut:“Whoever sleeps after ‘Asr and loses his mind, let him blame no one but himself.”
Jadi memang
ada kebarangkalian untuk kita mengalami masalah mental jika diamalkan tidur
lepas asar.
Sudut
Psychiatry
Mak cik di
diagnose doctor menghidapi Schizophrenia, satu masalah sakit mental. Lalu mak
cik ni diberi ubat anti psychotic yang buat pengetahuan pembaca ada side
effects terutamanya pada system otak. Kalau saya nak cerita makin panjang pula
jadinya.
Isunya:
Sebagai
pelajar perubatan beragama Islam, saya terfikir-fikir bagaimana harus saya
proses maklumat ini dan memberi rawatan pada makcik ni. Hmmm Nampak sangatlah
system belajar kita ini system yg sudah dibaratkan
Saya setuju
sangat dengan tindakan pihak hospital yg memanggil ustaz untuk rawatan sebelum
pesakit diberikan ubat antipsychotics; asalkan tiada apa2 bahan tradisional
termasuk ubat-ubatan yg diberi oleh ustaz itu melainkan air yasin ke, air
zam-zam ke.. (selain air yg dicampur sesuatu yg memudaratkan kesihatan dari
sudut medical). Kalau terus bagi antipsychotic sedangkan memang gangguan
makhluk ghaib, macam mana tu?? tak pasal-pasal pesakit terpaksa mengalami
masalah kesihatan lain dari side effects antipsychotics.
Adakah ini
benar-benar masalah mental ataupun ganguan makhluk ghaib? Sihir?
Fikir-fikirkan.
p/s- maaf saya sendiri tak puas hati dengan pos ni sebab pada saya, saya tak kupas isu ni dengan sempurna. Tapi saya post juga sebab mana tahu pembaca boleh bantu saya mendalami isu ni. Rasanya memang kita tak patut pisahkan agama dengan ilmu medical; bak kata Ustaz saya :)
Rujukan:
No comments:
Post a Comment