Tuesday, June 7, 2011

ingatkan permata rupanya palsu belaka!

Moosun tiba lagi. Hujan hari2. Ramai pula yg stay di lecture hall hari ni, di luar hujan kian lebat.
Di sebelah saya gadis A duduk muram. Diam. Kadang kala dia menarik nafas dalam, dan cuba mengukir senyuman yg jelas palsu di mata saya. Saya tak mahu memaksa A bercerita. Saya diam, menunggu dengan penuh sabar untuk A membuka mulut.
“tak tahu macam mana nak cerita, tak tahu mcam mana nak mula.. “ katanya berulang kali.
“tak apa, take your time,” balas saya.
Sebaik A mula bercerita saya terkejut mendengarnya. Patutlah selama ini A bermuram durja. Patut lah juga dia banyak diam dan tak ceria seperti sebelum ini. banyak meneyndiri. Tujuan saya cerita disini bukan ingin membuka pekung didadanya, tp ingin meminta pandangan kalian apa bagaimana harus saya tolong rakan saya ini. kasihan sungguh dia, luka di hatinya kian parah dan dalam. Bernanah pula.
A cerita kan kepada saya, rakan baiknya sudah berubah. Dia sudah tidak kenal lagi rakannya. Perubahannya mendadak sekali sejak dia mempunyai buah hati pengarang jantung. Katakan rakannya itu sebagai B. walaupun A tidak langsung menyebut nama rakannya itu saya dapat mengagak siapa orangnya. Dan, sungguh, saya terkejut dengan apa yg B telah lakukan kepadanya. B kelihatan sebagai gadis yg lembut dan manja. Kalau orang yg tak kenal dia sangat macam saya ni, saya juga akan turut katakan gadis B itu ok. tambahan pula bila B berbicara dengan orang lain baik2 sahaja, tak adalah berbahasa yg kurang wajar atau apa2. Bak kata budak2 perempuan disini, comel2 je lah.
Tapi dari cerita A saya faham kenapa A begitu sengsara. Siapa sangka B yg ‘kelihatan’ baik itu sering kali menengking dan meninggi suara terhadap A. bahasanya cukup mengguris hati. Kasar. Kalau saya pun, mahu kena pelempang juga dia ni. Tambah pula sejak berbuah hati ni, langsung A diabaikan. Konon dulu di war-warkan, “antara kawan dengan pakwe, kawan lagi penting sebab kenal kawan dahulu sebelum kenal pakwe, lainlah kalau dah kahwin sebab kena dengar cakp suami”. KONON. Tapi selalu B tidak mengendahkan A kerana berbalas SMS hampir sepanjang masa dengan buah hatinya itu. sampai tidur lewat2. Bila A menegur, supaya ingatkan Allah dan berjaga2 dalam hubungan B lantas menaikkan suara, bebal. Marah2 siap kata A jaga tepi kainnya. A telan semua dengan perit. Tidak pernah diceritakan kepada sesiapa aib kawan yg amat disayanginyanya itu.
Bermacam –macam nasihat saya hamburkan kepada A, tapi rupa-rupanya A sudah cuba berbagai cara. Kerana dia teramat buntu, barulah dia boleh bercerita kepada saya, inginkan pendapat bagaimana dia dapat menyelesaikan masalah ini. A kecewa sungguh kerana dirinya sering dipandang hina kawan2 lain. Sikapnya yg tegas dan mukanya yg sering serius sering dijadikan bahan ketawa. Sering dikatakan garang tak bertempat dan kurang sabar. Sedangkan, betapa sabarnya A setelah saya mendengar ceritanya, hanya Allah yg tahu. Segala ditelan sekian lama, dicuba ukir senyuman, tapi bila saat mukanya tidak mampu lagi mengukir senyuman, dia perlukan tiang untuk bersandar dari ujian2 yg mengusik jiwanya. Tapi biasalah manusia, (termasuk saya lah tu) menilai dari luar itu satu perkara biasa. Saya juga pada mulanya fikir A ini sangat muram, macamlah dia seorang saja bermasalah. Tapi kini saya faham sebenarnya dia banyak memendam segala, memendam rasa seorang diri, hingga tidak tertanggung lagi barulah segalanya terpamer di muka, tak dapat disorok dengan senyuman palsunya lagi.
Betapa B pandai berlakon, kalau ada apa2 sikit2 menangis di khalayak ramai. Sedangkan dia(A) yg terdidik dari kecil, berserta pengalaman membesar dengan penuh susah payah selalu mencekalkan hatinya supaya jangan bazirkan air mata dan menunjuk diri itu lemah. Kesabarannya menggunung. Orang ramai apa lagi, pasti berasa simpati terhadap B, dan malang sekali nasib A kerana sekali lagi dipandang jelek orang ramai dan dituduh kasar dan garang tanpa bertanya kepada A apa yg telah B lakukan kepadanya. Sehingga kini, kalaulah B menangis, terus orang membuat spekulasi pasti A punya angkara. Astagfirullah…. Kasihan bukan?? Remuk hatinya hanya Allah yg tahu.
Marah juga saya pada B. sungguh saya tak sangka B berperangai begitu. Baik pada luaran tapi sebenarnya busuk dalaman. Saya tak tahu apa lagi nasihat yg wajar saya berikan kepada A, kerana nampaknya dia sudah berhempas pulas dan berusaha bersungguh2 menyelesaikan segalanya sendiri. Saya tahu betapa A sayangkan kawannya. Seringkali dalam ceritanya itu dia menyalahkan dirinya sendiri, sedangkan saya yg mendengar pun tahu terang2 B sangat bersalah.
A mengesat air matanya yg melimpah ruah. entah berapa lama disimpan air matanya itu. saya biar dia menangis puas-puas. sampai tersedu-sedan dibuatnya. bila orang makin ramai A sedaya upaya cuba menghentikan tangisannya. dikesat air matanya sayu. kasihan sungguh saya pada A. dalam betul luka hatinya, berat penderitaan yg ditanggung sekian lama..
Yg dapat saya katakan, doakan saja supaya B sedar kesilapannya. Saya doakan mereka berbaik semula. Dan saya doakan, supaya kawan2 lain tidak lagi menilai dari luar, nilailah hati, bukan luaran semata. Andai kalian punya idea bagaimana harus saya tolong A, sangat saya alu-alukan, kerana saya sangat ingin membantu A..

Saturday, June 4, 2011

muhasabah

3 June 2011
Seusai saya membaca alquran tadi saya menyelak2 helaian lain; sengaja ingin mencari ayat-ayat cinta dari NYA yg banyak saya tanda. Ayat kesukaan saya. Tapi mata saya terhenti pada terhenti pada sekeping nota kecil yg saya titip buat diri sendiri. Satu peringatan.
“Ya Allah, elakkalah aku dari menggunakan zakat dari orang ramai ini kearah yg salah dan yg Engkau murkai”
Antara bait yg tercoret disitu. Terus fikiran saya melayang teringatkan zakat2 yg saya terima dari SANTUN, jiran tetangga, dan biasiswa ini juga. Masha Allah, tak terbalas rasanya. Sebab itu perjalanan saya ke Europe September ini saya berharap penuh perisian dan membuka mata saya untuk mengagumi kehebatan dan kebesaran Allah lagi.
Teringat saya pada tulisan rakan SANTUN dalam buku kami “PERJALANAN YG PENUH BERLIKU”. Kalau tak silap saya saudari Husna namanya, kecil sahaja orangnya tetapi tak segan berkongsi idea. Saya pernah berjumpa dengannya sekali dua dalam program yg saya sertai. Saudari husna ini datangnya dari keluarga yg sederhana, seperti saya. Tak mahu saya label kami sebagai miskin seperti yg tertera di borang2 sekolah yg kami perlu isi satu ketka dulu. i.e bila total pendapatan keluarga berjumlah <RM 1k saja.  Sebab bagi saya insyaAllah, kami cukup serba serbi J Cuma tidaklah berlebih-lebihan seperti orang lain.
Berbalik pada tulisan saudari husna, satu ayatnya yg tak boleh saya lupa sehingga sampai sekarang adalah
“kemiskinan dan kesusahan itu sebenarnya adalah satu nikmat, saya bersyukur kerananya”
Kata-kata ini menjentik hati saya. Benar. Benar, bukan? Malah, kekayaan dan kesenangan itu juga pakej nikmat yg datang bersama ujian, kan? Konsepnya sama, Cuma penyampaiannya berbeza. Perkara yg Allah uji disini adalah kesyukuran kepadaNYA, kebergantungan kepada NYA. Kemiskinan itu satu nikmat supaya kita tahu betapa manisnya nilai satu dirham. Kekayaan itu, selain nikmat juga adalah ujian untuk lihat adakah kita memilih kekayaan dunia atau akhirat?
Banyak lagi perkara mahu saya kongsi tapi masa tak mengizinkan pula. Esok masih perlu ke medan pertempuran. EXAM masih belum tamat, ada satu paper lagi. Doakan saya ya J

Saturday, May 7, 2011

kenapa pula ni.. (=.=)?


Sampai hari ini, saya dah tak tahu dah berapa kali saya diserang sakit kepala yg agak dahsyat, berturut-turut pula selama 2-3 hari. Sakit sampai rasa nak jalan pun tak boleh, macam nak jatuh je. Sekarang ni kalau saya duduk pun kadang2 rasa macam dunia sekeliling tgh senget dan pusing sedikit, tapi untuk seketika sahaja(pasal ni saya tak pernah lagi saya beritahu siapa2).
 Risau pulak saya, entah apalah yg tak kena dengan saya ni.
Sudahlah saya selalu bersendirian terutama semasa saya belajar di foodcourt, masalahya waktu saya nak balik tu selalu pula rasa nak terjatuh. Maka saya terpaksa duduk lebih lama di foodcourt sampai saya rasa stabil sikit.
Saya memang selalu sakit kepala, serangan pertama semasa darjah 4. Tapi masa tu doctor kata sakit saya ada kaitan dengan  gastric, jadi perkara tu berakhir di situ. Selepas itu masuk asrama toksah cakap lah, memang selalu sangat. Ramai kata sebab stress kot, hairan juga saya sebab kalau tak stress pun sakit kepala apa cerita? Migraine? Mungkin juga, tapi doctor selalu buat tak endah bila saya adukan sakit kepala saya ni sampai buat saya menyampah dan malas nk jumpa doctor dah.
Tapi sakit kepala yg saya alami semasa di sekolah asrama sebenarnya yg palingteruk saya pernah saya, sebab saya tak boleh berjalan langsung. Tiap langkah saya terasa gegaran yg sangat kuat di kepala, jadi saya perlu jalan macam siput. Sungguh saya tak bohong, kepala saya begitu sakit sewaktu itu.
Kali ini sakitnya sampai kebas leher dan tangan. Ahhhhhhh risaunya saya. Tapi jadual sangat padat, dan system hospital sini pun sangat leceh dan memakan masa. Sedihnya. Sebab itu saya diamkan saja sakit ini.. huhu moga2  cepatlah hilang sakit ni, amin~
p/s- sakit dan pening, lain tau.

Wednesday, April 27, 2011

PYAR IMPOSSIBLE?? =P

comey je rasa lagu ni haha. well, sebenarnya dalam lagu ni, hero tu bertaruh dengan heroin tu, bahawa cinta macam yg heroin tu mention adalah sangat impossible untuk dikecapi. enjoy!
p/s- jgn lupa pause dulu lagu dekat player tu eh =)

Thursday, April 21, 2011

cLiCk cLiCk!!!

Ramai orang suka ambil gambar di India ni. Dalam kalangan kawan2 satu course ni pun, dah cukup ramai. Saya ni setakat tumpang suka belek gambar je. Kagum toksah  cakap la, untuk orang yg tak tahu apa2 pasal lens etc macam saya ni just tahu nak hargai gambar2 yg diambil je =)
Saya bukannya kagum sangat dengan orang yg ambil gambar yang… orang kata kalau tengok dengan mata sendiri tak cantik, tapi dengan kemahiran dan kepakaran, yang tak cantik pun jadi bombastic! TAK. Maaflah ya, saya bukan peminat gambar macam tu.
Tapi saya SUKA SANGAT, gambar yg ada cerita… atau yg bagi kita Nampak apa yang kita selalu abaikan. Alamak. Belit2 ke ayat saya ni? Hehe ok, macam ni..
Gambar yg bercerita:
Jenis yg macam ni selalunya lebih kepada gambar orang. Gambar si penarik beca ke.. kanak2 jalanan ke.. peminta sedekah ke.. ha, macam tu. tapi yg saya mention  ni tema sedih la. Kalau tema happening, macam.. kanak2 yg ketawa. Comel! Tapi, klise la gambar macam ni kan. Antara gambar yg saya suka kawan saya ambil, gambar seorang budak kecil yg ambil gambar sweet mak dan ayah dia. Haha sooooooo sweettt. Suka sangat! Tambah pula saya ada kat tempat kejadian, memang saya eager sangat =) lagi satu, gambar budak2 india yg suka bila hujan turun selepas musim panas yg panjang, main air hujan. Gambar2 macam ni, bukan lakonan. Tapi rakaman detik2 yg bermakna dan ada cerita. Yang buat kita turut rasa perasaan mereka2 dalam gambar tu.. Itu yg saya suka. \(^_^)/
Gambar yg bagi Nampak apa yg kita abaikan:
Yg macam ni, selalunya lebih kepada gambar2 alam. Macam… serangga yg cantik2. Tunggul kayu yg memang orang tak pernah ambil tahu berapa umur dia. *sedangkan corak2 dari tunggul tu memberi kita ‘cerita’ tentang hayat tunggul tu* bunga2 kecil yg membiak dengan spora…., yg selalunya kita pijak je bila jalan. Cantiknya.. sungguh, gambar macam ni, penting untuk kita hayati ciptaan Allah dan hayati sifat Allah yg maha Besar
Ok. itu intro je baru. Haha. Sebenarnya saya nak cadangkan, kawan2 yg gemar ambil gambar ni mungkin boleh luangkan masa ke jalan pasar atau chow kit. Saya yakin, keyakinan hampir 98% yang kawan2 saya kat sini tak pernah pergi ke sana, terutamanya waktu malam. Yelah, kebanyakannya kawan2 medic ni kaya2, jadi macam tak ada purpose nak ke sana. Tapi rugilah mereka kalau tak ke sana, bagi sayalah. Saya kerap juga ke sana. Dengan ayah. Pergi sana, saya lebih hargai hidup ni. Saya tengok betapa orang berusaha mencari sesuap nasi. Si penjual2 yg meyakinkan pembeli, silap2 kalaulah dia seorang pereka software, pergi ke syarikat mana pun walau product tak sehebat mana, silap2 senang dapat buyers. Di sini juga, perlu saya cakap, yg tak patut dijual pun saya boleh jumpa. Faham2 je lah. Tapi, bukanlah dadah.

Peniaga2 di kawasan macam ni selalunya tidak berlesen. Kalau pegawai datang, kelam kabut mereka lari bungkus barang. Ha, pernah tengok situasi macam tu? sepupu saya pernah “ter”dapat barang free sebab penjual tu lari bungkus barang bila ada orang bagi amaran pegawai meronda. Siap ada secret code lagi bila mereka nak sebarkan yg pegawai sedang membuat rondaan. Menarik kan? Dalam seminit dua lepas tu, bila line clear terus mereka bentang kain, berniaga semula macam tak ada apa2 yg berlaku.
p/s- cerita ni belum tamat, tapi saya dah mengantuk. Nanti senang2 saya cerita lagi. Saya akan ceritakan lagi saya sebab musabab saya cadangkan 2 tempat ni. =)

apekahh?!!- akhir


Peristiwa
Hal ni berlaku masa prep malam. Malam tu kami ada kelas computer, makmal di bangunan sebelah yg perlu kami lalui jambatan penghubung bangunan.  Macam biasa kawan baik saya ni lambat lagi. Semua budak perempuan dah keluar tinggal kami berdua dan budak2 lelaki kelas, serious saya cuak, tak tipu. Saya takut betul dengan budak laki ni. Dengan kelam kabut kami keluar dari kelas. Malang nasib kami sebab secepat mana kami jalan, belakang kami ada sekumpulan budak lelaki kelas kami. Seorang budak india kelas saya cakap sesuatu yg amat memalukan saya dan buat saya rasa sangat marah dan bengang tahap maksimum. Tapi tak berani saya marah semula sebab bilangan mereka yg ramai. Tanpa saya sangka2 budak india tu kena marah dengan ketua kelas kami yg taiko tu, dan dia suruh budak india tu mintak maaf dengan saya.  Budak tu pun terus mintak maaf dengan saya. Dalam hati saya berterima kasih sangat dengan si ketua kelas, walau marah saya masih tak padam pada budak india tu.
Tak cukup dengan tu; budak lelaki kelas sebelah dalam perjalanan ke kelas mereka semula lepas tamat kelas computer mereka, jadi kami bertembung. Saya rasa CUAK DAN TAKUT SANGAT, OK! macam cerita samseng dalam tv. Saya dan kawan baik saya, kami berdua tersepit antara 2 gerombolan budak lelaki. Tengok muka kami yg cuak tu mereka cukup suka kenakan kami. Budak lelaki kelas sebelah semakin hampir, dekat sungguh sampai saya rasa nak menjerit. tapi mestilah saya buat2 'cool' je. Saya dan kawan baik saya pandang ke depan dan belakang selang seli. Laluan sempit koridor depan kelas, macam mana kami nk bolos dan larikan diri? Buntu. Budak kelas sebelah dah gelak2 sambil acah2 kami yg tersepit ni. Sekali dalam cuak yg teramat sangat tu taiko si ketua kelas sekali lagi menyelamatkan saya dan kawan saya tu.
“weh, bagi la diorang lalu’ katanya sambil berdiri di hadapan sekali dalam kumpulan budak lelaki kelas saya. Sekali cakap, semua budak lelaki kelas depan memberi laluan dan membiarkan kami lalu. Kami macam lipas kudung terus berjalan, hampir berlari dari situ. Takuttt!! Terima kasih banyak la, ketua kelas. Memang saya terima kasih sangat masa tu dengan dia malam tu. Tak tahu sebesar mana pengaruh si taiko tu. Nampak macam semua patuh dan cuak dengan dia.

Peristiwa :
Saya malas nak cerita lagi beberapa peristiwa, sebab dah panjang sangat. Haha. Jadi saya ceritakan klimaks cerita ni saja.
MALAM PARTY KELAS
Malam tu semua kelas ada party. Prep malam diganti dengan jamuan kelas akhir tahun. Tak ada cikgu pun, kami ja. Malam tu semua pakaian hebat2 belaka. lelaki dengan blazer etc, perempuam dengan baju design baru la masa tu, macam la jamuan kat hotel. Saya seorang je yg sangat sempoi, baju kurung dan tudung, jujur saya cakap macam tak ada party je pakaian saya ni.baju prep biasa je. Kawan2 pun tanya, pakai baju ni je ke? Saya cakap, tak ada baju lain pun hebat2 macam korang. Tapi saya puas hati je. Saya ni gaya2kan tudung pun tidak. Memang biasa je la.
Masa tu umur kan baru setahun jagung, jadinya aktiviti kelas pun ntah apa2 je. Ada satu tu, cabutan bertuah. Tapi sebelum dapat hadiah kena jawab soalan cepu emas dari dalam satu bekas misteri. *misteri la sangat haha*  sekali nama saya ‘tercabut’lah dengan ‘tuah’. Saya pun kena lah ambil satu soalan misteri, bila saya baca soalan tu saya tak tahu nak jawab apa sebab memang tak terfikir langsung apa jawapan saya. Nak tau soalan apa yg ntah apa2 dan sangat hingusan tu?
“siapa budak lelaki/perempuan yg paling handsome dalam batch kita”
Lepas baca soalan tu saya rasa nak tergelak. Apa punya soalan la. Budak2 kelas mula bising dan ketawa. Jerit mereka, sebab saya perempuan jadi kenalah cakap nama budak lelaki. Aduhaiii.. saya tak pernah terfikir pulak siapa yg paling handsome ke, macho ke, etc. seriously la saya tak tau nak jawab siapa. Saya tanya kawan2 perempuan siapa yg patut saya jawab. By horror and unexpected, budak lelaki kelas saya sepakat jerit,
“alaaa.. cakap je la Is..” jerit mereka ulang2 kali. Terkejut ok. dan cuak. Bingung2. Tapi saya langsung tak peduli kata2 mereka. Akhirnya kawan2 perempuan suruh saya sebut seorang budak lelaki ni dan soalan tu pun berakhir di situ, saya pun dapatlah hadiah ‘tuah’ saya. Saya tak tahulah budak2 perempuan kelas saya perasan ke tidak apa sebenarnya yg terjadi masa tu. tapi masa saya otw nk duduk semula di tempat saya, saya Nampak ketua kelas tepuk2 bahu mamat tu. eh? Apekah yg berlaku ni? Tak paham. Kalau paham, saya fikir, tak logic. Titik.
Dan malam tu saya dapat anugerah budak perempuan paling sempoi, si ketua kelas menyampai kan hadiah pada saya, senyuman pelik tu masih melekat pada muka dia masa menyampaikan hadiah tu pada saya.
Malam tu saya kira titik noktah pada semua peristiwa sebab lepas naik tingakatan kami tak lagi sama kelas. Saya pun tak tahu dah apa jadi pada mamat ni. Adalah dengar cerita sikit2 tapi buat apa saya nak ambil pusing, tak ada kena mengena pun dengan saya.  Haha. Sekian. Akhirnya, tamat jugak.  LOL
p/s- 1 pengajaran besar saya belajar dari peristiwa ni, tak payah la ingat nk buat justice dengan cara merepek macam tu. dan, sila2 lah paham ye cik Nai'mah oii, jaga2!! sebab bila orang salah faham tu, bukan senang nk 'fahamkan' orang =.='

Monday, April 18, 2011

apekah??! -3


Peristiwa:
Hari tu kami ada lab sains. Jadi semua berpusu-pusu ke lab yg terletak bawah kelas kami je. Saya dan kawan baik saya antara orang yg lambat juga la keluar dari kelas*sebab kawan saya ni selalu siap lambat* nak jadikan cerita masa kami tengah turun tangga, tiba2 saya mcam terdengar ada orang belakang kami, dengar macam bisik2 pun ada. Saya pun toleh la ke belakang nak tengok siapa kah mereka ni. Tengok2 rupa2nya mamat tu bersama ketua kelas kami. Ketua kelas saya tu dah senyum2 penuh makna dah, yg mamat tu pulak muka serba salah.  Saya cakap pada diri saya, mereka ni cakap benda lain kot, tak ada kaitan dengan saya. Nanti orang kata saya perasan pula. Dengan pemikiran macam tu, tanpa balas senyuman si ketua kelas saya terus pandang ke depan dan terus masuk ke lab. Kawan baik saya pun tak perasan apa yg berlaku.
Dalam lab, cikgu bagi kami kerja dan tinggalkan kami sebab ada hal yg perlu diuruskan. Meja saya dan mamat berdua tu agak berdekatan. Dari tempat duduk saya, saya boleh lihat mereka dengan jelas. Mereka pun boleh Nampak saya, tapi kena toleh la sebab saya alih tempat duduk ke belakang. Tengah saya khusyuk buat kerja, macam biasa bila saya berfikir automatic mata saya melilau atau pandang ke depan. Tapi malangnya pandangan ter-distract dengan mereka tengah dok pandang arah saya. Irritated  betul saya rasa, tapi saya katakan pada diri mungkin mereka tengah perhatikan benda lain, sebab belakang saya mana ada orang lain dah. Penunu Bunsen kee.. tembikar ke..
Dalam sekilas pandang tu saya Nampak si ketua kelas yg taiko tu senyum2 lagi, tangannya disiku2 mamat tu dan saya Nampak dari gerak mulut si ketua kelas dia cakap, “dia tengah pandang tu, tegurlah!” saya terus pandang buku saya dengan niat nak sambung kerja. Sekali saya terdengar mamat tu bersuara tinggi dan kasar, terkejut juga saya tambah2 kelas tengah senyap-sunyi. Mamat tu cakap “Biarkanlah diaaa!” mestilah semua orang pandang mamat tu dan ketua kelas tu. saya pun tengok jugaklah, nak jugak tau apa yg jadi. Rupa2nya si ketua kelas taiko tu kena marah dengan mamat ni. Muka mamat tu yg serba salah masih begitu memandang saya dan si ketua kelas masih dengan senyuman dia tu. aduh.. apehal ni? Saya cuak kalau2 orang dapat hidu apa yg berlaku saya terus tunduk, sambung buat kerja dengan harapan apa yg saya fikir tu hanyalah fikiran merepek saya. Tak logik2!!